UNIT TRUST

APAKAH ITU UNIT TRUST?

Sebelum penerangan lebih terperinci, kita fahami apa maksud Unit Trust itu sendiri dan bagaimana ia berfungsi.

Unit Trust atau dalam bahasa Malaysia kita sebut Unit Amanah adalah satu instrumen untuk menggandakan wang anda. Ia bermaksud "pool of money" atau pengumpulan dana dari orang ramai (secara sah) oleh syarikat pengurusan dana dan kemudian dilaburkan ke dalam saham atau aset lain oleh pengurus dana profesional bagi pihak orang ramai untuk mendapatkan pulangan. Pulangan tersebut kemudian di beri dalam bentuk CAPITAL GAIN dan DIVIDEN.

Antara aset-aset yang dilaburkan adalah

*Bond
*Stocks
*Property
*Money Market Instrument

Terdapat 37 syarikat yang menguruskan Unit Amanah di Malaysia dan 639 dana yang telah diluluskan dan antaranya 202 dana merupakan Dana Patuh Shariah (sumber dari Suruhanjaya Sekuriti setakat 28 Februari 2017). dan Dana dana ini dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Ada dua cara nak melabur di dalam unit amanah ni:

1) Melalui Cash (pocket money)
2) Melalui KWSP Akaun 1

Tapi cara kedua tu tertakluk kepada dana yang diluluskan oleh KWSP sahaja dan jumlah pengeluaran adalah 30% daripada jumlah selepas penolakan akaun 1 dan Basic saving (ni yang telah ditetapkan oleh KWSP)

(Akaun 1 – Jumlah Simpanan Asas) x 30% = Jumlah maksimum yang boleh dilaburkan



contohnya :

Ahmad berumur 32 tahun. Jumlah KWSP di dalam akaun 1 Ahmad ialah RM 125,390. Basic Saving yang telah ditetapkan bagi umur 32 tahun adalah RM 37,000

       RM125,390 
   -   RM 37,000
       RM 88,390
   x            30%
       RM 26,517

So, jumlah terakhir itu setelah di darab dengan 30% adalah jumlah yang boleh dilaburkan. Kalau nak mudah, check je KWSP online. dalam tu dah siap calculate berapa yang boleh di laburkan.

Boleh juga guna cara kedua iaitu menguunakan cash money serendah RM 200 setiap bulan. Tapi perlu diingat, Unit Trust adalah SAVING.. Bukan LOAN. So tiada istilah anda wajib mencarum RM200 setiap bulan melainkan anda memang commited nak simpan dan put aside RM 200 tu untuk saving.

RULES UNIT TRUST

Kena faham konsep Unit Trust ni bukan bersifat short term which is jual beli jual beli saham dalam jangka masa pendek. Sebab tujuan menyimpan untuk retirement kita. Unit Trust adalah Long Term investment ..At least simpan 5 years & above.. The best is simpan sampai kita agak agak nak pencen. sebab Unit Trust menggunakan konsep Compounding (Gandaan) di mana lagi lama kita menyimpan, lagi panjang jangka masa menyimpan, lagi banyak lah amount berganda.

So, sifat SABAR adalah sangat ditekankan di sini..

Selain itu, konsep DCA (Dollar Cost Averaging) sangat dititik beratkan di sini. Unit Trust adalah Long term. So,  you can buy units at any price, harga tinggi atau rendah, so nanti harga kos akan di average kan (kalau nak penerangan dengan gambarajah tentang ni, saya kena cerita detail face to face).

SO, for long term, consistent invest adalah lagi bagus. Sebab kadang kadang kita nak beli units pada harga rendah, tapi kita tak tau pun harga paling rendah berapa & kadang kadang kita tak nak beli units  pada harga tinggi, tapi kita tak tahu pun harga paling tinggi berapa..so dapatkan maksud saya..:)

So, untuk newbie, boleh hadam dulu penerangan di atas. kalau nak penerangan detail dan berminat untuk memulakan pelaburan anda, boleh hubungi saya di bawah.

Hani
017-544 6584 (WA)
011-2079 1204 (msg)

Sekian terima kasih

No comments: